Friday 25 November 2016

RESTORAN TEDUHAN GUNUNG #letourdeperak

DON'T KNOW WHERE TO HAVE YOUR LUNCH AND DINNER? COME AND JOIN US HERE!

      Restoran Teduhan Gunung terletak berhampiran Gua Tempurung. Jaraknya dalam lebih kurang 800m. Restoran ini berdiri setinggi dua tingkat dan papan tanda Restoran Teduhan Gunung terpampang besar di hadapannya. Tingkat kedua restoran ini dikenali sebagai ' MensahFoyer' dan anda boleh menikmati pemandangan gunung yang indah di situ terutama pada waktu malam. Sekiranya anda melalui susur keluar Plaza Tol Gopeng, anda perlu meneruskan perjalanan dan boleh menjumpai restoran ini dalam 1 km. Terletak di bahagian kanan dihadapan gunung. Mula dibuka pada jam 3 petang hingga 1 malam.

SAJIAN MAKANAN? HARGA?

Restoran ini menyajikan masakan panas Melayu dan Siam. Istimewanya, kami juga menyajikan Ikan Tilapia dan Ikan Siakap untuk dimakan beramai-ramai. Ikan Tilapia adalah hasil jagaan pemilik restoran ini.Pastinya enak dengan harga yang berpatutan dan standard.

ANDA INGIN MENGANJURKAN MESYUARAT, PERJUMPAAN ATAU MAJLIS HARI LAHIR?

       Anda boleh menempah tingkat atas atau dikenali sebagai 'MensahFoyer' untuk apa-apa majlis yang bersesuaian. Ruang ini boleh memuatkan kapasiti seramai 50 orang.Sebarang pertanyaan sila hubungi 016-5066457 (Bahri)


JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA JIKA DATANG KE PERAK. RASAI PENGALAMAN UNTUK MAKAN DI 'MensahFoyer' SAMBIL MENIKMATI PEMANDANGAN GUNUNG PADA WAKTU MALAM TERUTAMANYA. AUSTRALIAN JUGA KAGUM DENGAN PEMANDANGAN TERSEBUT , KENAPA TIDAK ANDA?